AGUILERA meniup saksofonnya ketika dibedah.
AGUILERA meniup saksofonnya ketika dibedah.

Madrid: Seorang pemuzik memainkan saksofonnya sepanjang menjalani pembedahan otak selama 12 jam.

Carlos Aguilera, 27, membuat ‘persembahan’ mengagumkan itu ketika menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan dalam otaknya di bilik pembedahan Hospital Carlos Haya, Malaga, dua bulan lalu.

Dia memainkan lagu irama jazz kepada 16 doktor termasuk pakar saraf dan bius seterusnya membantu mereka memastikan tidak mengakibatkan kerosakan saraf yang membolehkan dia bermain muzik.

Pembedahan 15 Oktober lalu itu kali pertama dalam sejarah seorang pesakit hospital Eropah memainkan saksofon ketika dibedah.

Aguilera yang juga menganggotai orkestra selain bermain untuk majls perbandaran di Malaga diberi sedatif dan ubat tahan sakit untuk pembedahan itu.

Dia mendakwa rasa seperti ‘bersantai di tepi pantai’ sepanjang dibedah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2015 @ 6:16 AM