KEADAAN lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing, malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing, malam tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Hazira Ahmad Zaidi


Tanah Merah: Wanita maut, manakala tujuh individu lain termasuk bayi cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Belimbing, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II A Kamalhakim Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 8.53 malam dan sepasukan lapan anggota ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Bezza serta kenderaan utiliti sukan Honda HRV.

"Mangsa wanita yang menaiki Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza termasuk bayi parah.

"Empat mangsa menaiki Honda HRV hanya cedera ringan," katanya yang memaklumkan semua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 10.13 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2024 @ 12:32 PM