ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah kedai di Taman Mutiara, Pontian.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah kedai di Taman Mutiara, Pontian.
Togi Marzuki


Pontian: Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah kedai di Taman Mutiara, di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Bahru, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.30 tengah hari.

Katanya, kebakaran berlaku di tingkat dua yang dipercayai diubah suai menjadi enam bilik sewa, dengan setiap bilik berukuran 3.5 meter persegi.

"Terdapat seorang mangsa lelaki yang belum dipastikan usianya rentung di dalam sebuah bilik berhampiran ruang dapur," katanya hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman membabitkan 19 anggota dan tiga jentera segera dilakukan, manakala mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, kemusnahan dianggarkan 60 peratus dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2024 @ 9:40 PM