GAMBAR hiasan. FOTO Pexels.
GAMBAR hiasan. FOTO Pexels.
Raja Noraina Raja Rahim


Kajang: Seorang remaja lelaki yang disyaki membakar anak kucing hidup-hidup di parkir motosikal Flat Seri Kenari, di sini, pada 22 April lalu, ditahan polis kelmarin.

Difahamkan remaja berusia 13 tahun itu ditahan berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja itu.

"Suspek akan didakwa di Mahkamah Juvana Kajang, pagi esok.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seekor anak kucing melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di lokasi berkenaan.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi mendapati terdapat tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika dilaporkan berkata, seorang daripada lelaki itu bertindak kejam membakar anak kucing terbabit, sementara dua lagi rakannya menyaksikan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 10:31 PM