GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Dua penjawat awam yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), semalam disahkan anggota polis berpangkat Sarjan Mejar dan Koperal.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kedua-duanya bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

"Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan, JHEAIPP menahan sepasang penjawat awam berusia 37 tahun dalam serbuan di sebuah hotel di Tanjung Tokong, di sini pada jam 1.30 pagi.

Serbuan dilakukan selepas suami kepada wanita terbabit membuat aduan selepas mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 5:43 PM