NUR Hanisah Othman menunjukkan logo halal tidak diiktiraf pada produk dirampas pihaknya bersama KPDNKK negeri di sebuah premis di Jalan Dato Keramat. FOTO Danial Saad
NUR Hanisah Othman menunjukkan logo halal tidak diiktiraf pada produk dirampas pihaknya bersama KPDNKK negeri di sebuah premis di Jalan Dato Keramat. FOTO Danial Saad
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Sebuah premis penjagaan rambut di Jalan Datuk Keramat berkenaan yang disyaki menggunakan logo halal palsu pada produk penjagaan rambut mereka diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), pagi tadi.

Operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 11 pagi itu dilakukan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP Nur Hanisah Othman berkata, pemeriksaan mendapati premis itu menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau JHEAIPP.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati logo halal yang digunakan dikeluarkan Islamic Food Resources Centre (IFRC) dan ia dikeluarkan oleh syarikat swasta.

Katanya, pihaknya turut merampas beberapa produk bahan penjagaan dan rawatan rambut di premis terbabit.

“Kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 3:16 PM