MASJID Jamek Benggali, di Lebuh Leith, diarahkan penutupan selama tiga hari bermula hari ini. FOTO Zuhainy Zulkifli
MASJID Jamek Benggali, di Lebuh Leith, diarahkan penutupan selama tiga hari bermula hari ini. FOTO Zuhainy Zulkifli
Zuhainy Zulkiffli


MASJID Jamek Benggali, Lebuh Leith di Georgetown diarah ditutup sementara selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu ini bagi kerja nyah kuman.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pihaknya menerima makluman perkara itu daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), pagi hari ini.

“Ya, saya sudah dimaklumkan oleh pengarah (JHEAIPP) mengenai penutupan itu pagi tadi.

“Keputusan itu dibuat kerana masjid ini juga menjadi pusat jemaah tabligh bagi daerah Timur Laut dan kita mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

NOTIS penutupan sementara Masjid Jamek Benggali, di Lebuh Leith. FOTO Zuhainy Zulkiffli
NOTIS penutupan sementara Masjid Jamek Benggali, di Lebuh Leith. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Wan Salim berkata, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang juga sedang menunggu arahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai larangan penganjuran aktiviti awam di masjid negeri ini.

“Ia termasuk kemungkinan arahan bagi menangguhkan solat berjemaah dan solat Jumaat buat sementara waktu sehingga keadaan pulih sepenuhnya berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Saya juga menasihatkan jemaah yang menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling supaya tampil melakukan ujian kesihatan di klinik berhampiran,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 6:09 PM