PASANGAN yang disyaki berkhalwat ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel di Tanjung Tokong. FOTO Tular
PASANGAN yang disyaki berkhalwat ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel di Tanjung Tokong. FOTO Tular
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Seorang penjawat awam ditahan kerana berkhalwat dengan rakan sekerja awal pagi ini selepas suaminya membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, serbuan dijalankan pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini.

Katanya, serbuan menahan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.

"Semakan mendapati lelaki dan wanita itu bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap angin ahmar turut berada di lokasi serbuan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 2:04 PM