Tun Abdul Taib Mahmud.
Tun Abdul Taib Mahmud.
Mohd Roji Kawi


Kuching: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi satu kenyataan, malam ini.

Menurutnya, laporan polis yang tersebar di media sosial sejak Ahad lalu adalah laporan yang sahih dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun katanya, ia bukan atas insiden dilarikan tetapi lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan Abdul Taib.

"Tıada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas Yang di-Pertua Negeri itu.

"Kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak pada 9 Februari 2024 dan masih menunggu arahan lanjut," katanya.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2024 @ 10:06 PM