RAGAD tiba di Pusat Mengundi SMK Tun Abang Haji Openg bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Damai. FOTO Aizuddin Saad
RAGAD tiba di Pusat Mengundi SMK Tun Abang Haji Openg bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Damai. FOTO Aizuddin Saad
Nor Ain Mohamed Radhi

Petra Jaya: Kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Ragad Kurdi Taib yang membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) menarik perhatian ramai.

Ragad tiba 12.02 tengah hari di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Damai.

Beliau ditemani Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud yang bagaimanapun, dilihat hanya menunggu di dalam kenderaan rasmi mereka.

Selepas melakukan pemeriksaan suhu di kaunter khas, Ragad diiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus ke salah satu bilik bagi melakukan proses mengundi.

Beliau kemudian keluar dari pusat mengundi pada 12.10 tengah hari sambil tersenyum dan melambai kepada pengundi lain yang masih beratur.

Kerusi Dun Pantai Damai menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mahmud Sabli.

Dr Abdul Rahman adalah penyandang kerusi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 1:29 PM