JENAZAH Tun Abdul Taib dijangka diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 1 tengah hari. FOTO Bernama.
JENAZAH Tun Abdul Taib dijangka diterbangkan ke Kuching, Sarawak pada 1 tengah hari. FOTO Bernama.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sudah dibawa ke Lapangan Terbang Subang, sebentar tadi.

Allahyarham dibawa dengan van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari Masjid Negara pada 12.30 tengah hari.

Beberapa kenderaan yang dinaiki ahli keluarga Allahyarham turut mengiringi van jenazah ke lapangan terbang, sebelum jenazah dibawa menaiki penerbangan ke Sarawak pada 1 tengah hari.

Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak, pada 3.30 petang sebelum dibawa ke kediamannya di Demak Jaya, Sarawak, untuk penghormatan terakhir.

Terdahulu, pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berangkat tiba bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga Ketua Menteri Sarawak paling lama.

Turut kelihatan pada majlis penghormatan terakhir bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Negara untuk dimandi dan dikafankan sebelum ditempatkan dalam sebuah dewan di masjid berkenaan bagi majlis penghormatan terakhir.

Upacara penghormatan terakhir turut dijangka diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada esok, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak, selepas solat Zohor.


Taib Mahmud pemimpin progresif, dinamik - Ahmad Zahid

Ibu Pertiwi dikibar separuh tiang

Sarawak isytihar berkabung dua hari

'Saya kehilangan guru politik' - Nancy Shukri

Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Taib Mahmud - Fahmi

Pemergian Tun Abdul Taib satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara - TPM

Perginya Bapa Pemodenan Sarawak

Tun Abdul Taib meninggal dunia


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 12:51 PM