PENGUAT kuasa DBKL menyerbu gerai penjaja yang menjual ubat seks di Chow Kit. FOTO Ihsan Facebook DBKL
PENGUAT kuasa DBKL menyerbu gerai penjaja yang menjual ubat seks di Chow Kit. FOTO Ihsan Facebook DBKL
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita empat gerai menjual ubat 'kuat' menerusi operasi di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit di sini, hari ini.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya turut menyita dua gerai membaiki kasut dan sebuah gerai penjaja makanan tanpa permit diusahakan oleh warga asing.

"Tindakan sita serta-merta ke atas empat penjaja ubat-ubat dan alatan seks, dua peniaga tukang kasut dan satu penjaja makanan ringan milik warga negara asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

"Tindakan dijalankan di sekitar Jalan Haji Taib, Chow Kit menerusi Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016," menurut hantaran itu, hari ini.

DBKL berkata, tindakan secara berterusan akan diadakan bagi membanteras aktiviti perniagaan tidak berlesen.

Katanya, pemantauan berkala akan dijalankan di lokasi hotspot (panas) dan tindakan akan diambil menerusi operasi khas yang sudah dirancang membabitkan 11 Parlimen di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 7:51 PM