Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Chow Kit di Lorong Haji Taib. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Chow Kit di Lorong Haji Taib. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Jalan Chow Kit, di sini yang dahulunya sinonim dengan aktiviti pelacuran, pondan dan jenayah kini boleh dianggap 'bersih' daripada gejala sosial itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, usaha berterusan polis membanteras jenayah di sekitar ibu negara khususnya di Chow Kit berjaya membersihkan kawasan itu daripada gejala sosial jika dibandingkan 20 tahun lalu.

"Seperti semua sedia maklum satu ketika dahulu kawasan ini memang terkenal dengan aktiviti pelacuran dan sebagainya namun sekarang dia sudah bersih.

"Secara umumnya dia (Chow Kit) jauh lebih baik daripada keadaan 20 tahun lalu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib, di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun kadar jenayah di kawasan itu kini jauh lebih rendah namun pihaknya tidak menafikan masih ada kegiatan jenayah dan gejala sosial berlaku di situ.

Bagaimanapun katanya kadar jenayah berkenaan jauh lebih sedikit berbanding sebelum ini dan secara umumnya kawasan itu boleh dianggap bersih daripada jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 12:20 AM