WANITA maut dalam kemalangan van di Jalan Widuri, Sungai Bakap, Nibong Tebal.  FOTO ihsan pembaca
WANITA maut dalam kemalangan van di Jalan Widuri, Sungai Bakap, Nibong Tebal. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan


WANITA maut manakala empat cedera selepas van kilang dinaiki terbabas di tepi Jalan Taman Widuri, Sungai Bakap, Nibong Tebal, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa berusia 40-an tercampak melalui tingkap sebelum dihempap van dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, dua mangsa yang cedera dibawa orang awam ke hospital manakala dua lagi dibawa dengan ambulans.

Menurutnya, van terbabit dinaiki enam orang termasuk pemandu dan dikatakan dalam perjalanan pulang dari kilang.

"Kita menerima panggilan pada 7.17 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum melakukan operasi menyelamat yang berakhir jam 7.52 pagi.

"Pemandu van kilang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Februari 2019 @ 11:41 AM