LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Jumlah kaswasan yang bergelap di Pasir Mas akibat banjir bertambah kepada 51 kawasan, berbanding 40 kawasan pagi tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebook memaklumkan penutupan dibuat sehingga 4 petang membabitkan 51 kawasan itu demi keselamatan pengguna.

"Kawasan yang terbabit antaranya Gual Tambun, Degong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh, Banggol Kulim, Kubang Rambutan, SK Lubok Setol, Air Teniat dan Padang Nyior.

"Selain itu, Tanjung Erat, Gual Tok Deh, Balai Polis Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Terusan dan Serongga serta Gual Pinang," katanya.

TNB turut memohon orang ramai mengutamakan keselamatan dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran serta patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2023 @ 5:27 PM