ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas seorang pelajar tingkatan dua dikatakan terjatuh dalam tali air. FOTO Ihsan JBPM Pahang
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas seorang pelajar tingkatan dua dikatakan terjatuh dalam tali air. FOTO Ihsan JBPM Pahang
Asrol Awang


Kuantan: Pelajar lelaki tingkatan dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di tali air Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Mohamad Amirul Haikal Che Jaafar, 14 dari Taman Indera Sempurna, di sini.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, di sini dikatakan terjatuh di tali air itu pada 3.50 petang.

"Susulan kejadian itu, operasi mencari dan penyelamat (SAR) digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi pencarian akan diteruskan malam ini, tetapi tidak membabitkan selaman.

"Seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas terbabit dalam operasi pencarian akan disambung pada jam 8 pagi esok, jika mangsa tidak ditemui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 8:32 PM