ZAMRY Abd Kadir. FOTO arkib NSTP
ZAMRY Abd Kadir. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad


Putrajaya: "Saya masih terkejut dengan pengumuman rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini," kata Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) yang baru, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry turut enggan memberi ulasan berkaitan pertukaran portfolio itu.

"Kena tunggu majlis rasmi, baharulah sah bertukar portfolio," katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penawaran Perkhidmatan Pelantar Kolektif antara KPT dan Malaysian Academic Consortium Sdn Bhd di sini, hari ini.

MoU berkenaan bagi menjayakan inisiatif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian melalui sebuah platform dikenali sebagai pelantar kolektif.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Anwar menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri bertukar portfolio.

Zambry menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik menerajui Kementerian Pertahanan.


Senarai penuh menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 1:40 PM