LEE Hsien Loong ketika pilihanraya umum Singapura, tahun lalu. FOTO AFP
LEE Hsien Loong ketika pilihanraya umum Singapura, tahun lalu. FOTO AFP
BERNAMA

Singapura: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan rombakan Kabinet yang akan berkuat kuasa 15 Mei depan dan menyaksikan tujuh portfolio bertukar tangan dengan Heng Swee Keat kekal sebagai timbalan perdana menteri.

Rombakan itu berlaku dua minggu setelah Heng memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

"Dua minggu lepas, saya memberitahu anda bahawa kami akan melakukan rombakan Kabinet. Hari ini, saya mengumumkan barisan baharu. Kali ini, rombakan secara besar-besaran berbanding rombakan biasa dan dilakukan awal dalam pentadbiran kerajaan," kata Lee pada sidang media di Istana, hari ini.

Transkrip ucapan Lee pada sidang media itu disediakan untuk media.

Rombakan itu juga akan menyaksikan Heng terus memegang jawatan sebagai Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi, namun melepaskan portfolio sebagai Menteri Kewangan yang akan dijawat oleh Lawrence Wong.

"Lawrence telah membantu Swee Keat sebagai Menteri Kedua sejak 2016, oleh itu beliau mempunyai pengalaman diperlukan dan amat sesuai untuk jawatan itu," kata Lee, sambil menambahkan bahawa pasukan Kementerian Kewangan kekal tidak berubah. Indranee Rajah juga kekal sebagai Menteri Kedua.

– LAGI

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 April 2021 @ 5:43 PM