KEADAAN di lokasi kebakaran. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN di lokasi kebakaran. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Serdang: Sebuah rumah, kereta, van dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Serdang Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan 1.46 pagi sebelum tiga pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan rumah teres terbakar 45 peratus.

"Akibat daripada kebakaran itu api merebak ke kenderaan mangsa iaitu sebuah kereta Naza Ria, Van Nissan Vanette dengan anggaran kebakaran 95 peratus dan tiga motosikal musnah 100 peratus.

"Api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian dan kebakaran itu tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 8:39 AM