ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran yang menyebabkan empat kenderaan musnah. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran yang menyebabkan empat kenderaan musnah. FOTO ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Empat kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan Flat Sri Angsana, Hilir Ampang di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan pada 1.37 tengah hari sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, jentera tiba di lokasi 10 minit kemudian disebabkan kesesakan lalu lintas.

"Sebaik tiba, sebuah van Nissan Vanette dan tiga kereta jenis Daihatsu Feroza, Perodua Kancil serta Proton Persona sedang terbakar.

"Anggota melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terbabit dan segera membuat pemadaman. Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa minit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pemeriksaan mendapati dua kenderaan musnah 100 peratus, sebuah musnah 80 peratus dan sebuah lagi 40 peratus.

Bagaimanapun, katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 6:00 PM