BOMBA memadam kebakaran di Taman Desa Jaya, Kepong. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA memadam kebakaran di Taman Desa Jaya, Kepong. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Empat rumah dan dua kenderaan di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.42 pagi.

Menurutnya, susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dibantu BBP Sungai Buloh dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita dapati empat rumah mengalami kebakaran iaitu dua daripadanya musnah 70 peratus, sebuah rumah (10 peratus) dan sebuah lagi mengalami kerosakan lima peratus.

"Turut musnah, dua kenderaan. Namun, kejadian ini tidak membabitkan mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2023 @ 8:32 AM