Datuk R Ramanan ketika sidang media di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Datuk R Ramanan ketika sidang media di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Samadi Ahmad


Putrajaya: Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) Unit Tranformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan memastikan pemulihan imej mereka seiring dengan tadbir urus dan tatakelola yang baik.

Pengerusinya, Datuk R Ramanan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi panduan bagi memastikan unit khas ini kembali kepada tujuan asal penubuhannya.

Menurutnya, pihaknya yakin SPRM akan segera bertindak sekiranya wujud isu salah laku dan rasuah dalam unit khas itu.

"Ketika ini, setiap mesyuarat akan dihadiri dan dipantau oleh pegawai SPRM bagi memberi panduan dan memastikan dana Mitra dapat dikendalikan dengan lebih baik tanpa sebarang isu salah laku," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan berhubung penyelewengan dana Mitra dan mereka yang terbabit sudah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JPPK Mitra RSN Rayer berkata, pihaknya akan memastikan dana Mitra dapat dikendalikan dengan lebih terbuka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelutong berkata, setiap penerima dana Mitra akan didedahkan supaya agihan lebih telus.

Katanya, beliau persepsi dan imej Mitra akan dipulihkan pada masa depan serta matlamatnya turut tercapai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 4:23 PM