GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Meor Riduwan Meor Ahmad


Melaka: Jenayah indeks di Melaka meningkat 2.44 peratus kepada 1,177 kes bagi 1 Januari hingga 31 Oktober lalu berbanding 1,149 kes tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan ketara kepada 64 kes berbanding 30 kes pada 2022.

Menurutnya, ini diikuti jenayah curi motokar yang meningkat 22 kes kepada 45 kes.

Katanya, jenayah lain yang turut meningkat dalam tempoh sama adalah rogol, pecah rumah dan curi dan curi motosikal.

"Manakala kes yang berjaya diselesaikan pula sebanyak 812 kes atau 68.99 peratus daripada 1,177 kes yang disiasat," katanya selepas merasmikan Kempen cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023 di sini, malam tadi.

Sementara itu, Zainol berkata, dalam usaha membantu polis mengurangkan indeks jenayah negeri, orang ramai diseru memanfaatkan inisiatif Borang Maklum Balas Balik Kampung bagi memudahkan pemantauan dan rondaan dilakukan di kediaman atau premis yang ditinggalkan sepanjang cuti perayaan.

ZAINOL menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Kempen cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
ZAINOL menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Kempen cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2023 @ 11:44 AM