DBKL meroboh yang dibina secara haram di Jalan Nyonya Off Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur. FOTO FB DBKL
DBKL meroboh yang dibina secara haram di Jalan Nyonya Off Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur. FOTO FB DBKL
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Beberapa gerai haram di Jalan Nyonya off Jalan Changkat Thambi Dollah

dirobohkan selepas pemilik premis terus berdegil menjalankan perniagaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, tindakan itu diambil selepas notis pengosongan dikeluarkan pihaknya kepada pemilik premis berkenaan.

"Tindakan penguatkuasaan meroboh struktur gerai dijalankan selepas pemilik premis atau tapak gerai berkenaan ingkar dengan notis pengosongan tapak perniagaan yang dibina diatas rizab lorong awam tanpa kebenaran dari pihak DBKL.

"Kesalahan diambil tindakan menerusi Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dengan kerjasama pihak Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, DBKL merobohkan 46 struktur penjaja haram di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai pada Rabu lalu.

Antara lokasi baru dikesan adalah di Medan Selera Tempat Letak Kereta PPR Seri Pantai, Bazaria Pantai, Medan Selera Seri Pantai dan unit kedai di kawasan perumahan.

Mengulas lanjut DBKL berkata, operasi itu dijalankan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangan DBKL Bukit Bintang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 7:33 PM