Orang ramai mengunjungi reruai Dinoland NSTP ketika Karnival Jom Heboh Johor  (KJH) di perkarangan Angsana Johor Bahru Mall. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Orang ramai mengunjungi reruai Dinoland NSTP ketika Karnival Jom Heboh Johor (KJH) di perkarangan Angsana Johor Bahru Mall. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Seramai 32 pengunjung Dinoland@NSTP sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru, Johor, baru-baru ini diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah, hari ini.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sesi siaran langsung di Facebook dan YouTube Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) NSTP di Balai Berita, Jalan Riong, di sini.

Hadiah tempat pertama berupa Samsung Galaxy Tab dimenangi Siti Zaimahani Abdul Latiffhee, manakala hadiah tempat kedua iaitu TV Speaker Cinematic Atmosphere menjadi milik Puteri Irdina Bisyarah.

Sementara, Mohamad Danial Mohamad membawa pulang TV Speaker Cinematic Atmosphere untuk tempat ketiga.

Turut diumumkan sembilan pemenang Bonanza berupa cadar Ai by Akemi Queen Size Quilt Cover set, Deoketti Tri-Fold Travel Mattress dan Europlus 2in1 BBQ grill.

Manakala, pemenang 20 hadiah saguhati memperoleh baucar AEON Mall bernilai RM50.

Lebih menariknya, antara pemenang itu ialah pemegang tiket nombor siri 0001 yang mana individu berkenaan adalah pengunjung pertama membeli tiket dan masuk ke terowong Dinoland.

Sementara, penaja hadiah bonanza iaitu Eastern Decorator Sdn Bhd, Deoketti Sdn Bhd dan Myoption Solution Sdn Bhd.

Cabutan bertuah dibuat oleh Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Terdahulu, KJH diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober lalu di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor.

Pada acara sama, NSTP sekali lagi menggegarkan KJH dengan konsep 'glow in the dark' di Terowong Dinoland di mana tiket yang diperuntukkan pada karnival ini juga habis terjual.

Dinoland mencatatkan jumlah pengunjung paling ramai dengan anggaran 10,000 orang melalui Terowong Dinoland.

Pengunjung dapat merasai pengalaman mengujakan dengan melalui terowong di reruai NSTP dengan hanya membeli tiket berharga RM20 untuk seisi keluarga sekali gus melayakkan mereka menyertai sesi cabutan bertuah.

Pada masa sama, mereka boleh bergambar dengan pelbagai jenis patung dinosaur yang bergerak sambil belajar mengenai makhluk yang sudah pupus itu daripada maklumat yang dipaparkan.

NSTP juga membawa lebih 50 anak-anak yatim dan kurang upaya dari rumah kebajikan di Johor Bahru untuk merasai pengalaman di Dinoland@NSTP secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2023 @ 3:12 PM