SEKITAR gambar pemenang. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Kunjungan Hijrah Saidin, 46, bersama suami dan anaknya ke Karnival Jom Heboh (KJH) di Batu Kawan, baru-baru ini membawa tuah apabila terpilih sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah bagi pembelian tiket masuk ke Dinoland The New Straits Times Press (NSTP).

Hijrah yang tinggal di Penaga itu berkata, dia tidak menyangka dengan hanya pembelian tiket bernilai RM20 di reruai Dinoland, membolehkannya membawa pulang hadiah berupa televisyen jenama Philips berukuran 43 inci.

Suri rumah itu berkata, pada hari berkenaan, mereka hampir membatalkan hasrat bagi membeli tiket kerana keletihan berbaris panjang kira-kira satu jam.

"Tidak sampai hati pula apabila anak saya (Nor Izzara Aishah Zamri, 8) merayu ingin masuk ke Dinoland kerana meminati dinosaur dan mahu melihat pameran mengenainya, lalu kami berbaris juga hampir satu jam.

"Terkejut dan tidak sangka ketika diumum sebagai pemenang dan mungkin inilah yang dikatakan 'tumpang rezeki anak'," katanya ketika ditemui di Pejabat NSTP, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hijrah berkata, ada perkara lucu yang berlaku ketika dihubungi wakil NSTP yang memaklumkan bahawa dia memenangi hadiah itu.

"Pada pagi Ahad, saya dihubungi nombor tidak dikenali yang dipercayai penipuan dalam talian, selepas itu saya dihubungi wakil NSTP namun berikutan takut dengan 'scammer' saya memutuskan talian.

"Sehingga wakil NSTP berkenaan menghubungi saya menerusi pesanan di Aplikasi WhatsApp dan timbul rasa bersalah lalu saya memohon maaf.

"Saya ucapkan terima kasih atas pemberian hadiah ini dan berharap lebih banyak tawaran hadiah cabutan bertuah pada KJH masa depan," katanya.

Sementara itu, pemenang tempat kedua yang membawa pulang hadiah Philips Airfryer, Mohd Shamsul Yusup, 46, berkata, dia datang dari Batu Kurau, Perak ke Batu Kawan bersama isteri dan tiga anak hanya untuk berkunjung ke KJH.

Dia yang bekerja sebagai pemandu di agensi kerajaan berkata, mereka terkandas dalam kesesakan lalu lintas hampir tiga jam sebelum masuk ke karnival itu dan berbaris agak lama bagi berkunjung ke Dinoland.

"Tiga anak saya memang minat dengan dinosaur 'robotik' dan harga tiket pula berpatutan.

"Hari ini saya datang dari Batu Kurau ke Georgetown dengan perasaan gembira mahu mengambil hadiah dan ia kali pertama saya menang cabutan bertuah bagi sebarang karnival," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Jabatan Jualan dan Edaran Akhbar NSTP, M Prakash berkata, pihaknya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja yang terbabit dalam Karnival Jom Heboh berkenaan.

Pada KJH yang berlangsung pada 28 hingga 30 Julai lalu mencatatkan seramai 3,000 pengunjung memasuki reruai Dinoland NSTP

Sebanyak 23 hadiah cabutan bertuah ditawarkan termasuk dua hadiah utama yang mana 20 daripadanya adalah tajaan OMRON Healthcare bernilai RM12,000.

Senarai pemenang cabutan bertuah Karnival Jom Heboh

1. Hijrah Saidin
2. Mohd Shamsul Yusup
3. Mohd Faisal Ramli
4. Mohamad Faizal Abu Yazid
5. Mohd Shahrul Ridzwan
6. Nor Amalina Abd Shukor
7. Nur Suhada Noordin
8. Aslinda Ahmad
9. Mohamed Wafi Jusoh
10. Afidah Yunus
11. Mohd Tarmemy Yahaya
12. Mohamad Danial Qayyum
13. Nor Yuslina Md Yusoff
14. Abd Hamid Saari
15. Muhamad Alif Aizad Zul

Pemenang Bonanza

1. Noorhanani Zakaria
2. Nur Dania Balqis Jasni
3. Mohamad Rizuan Romli
4. Rokinie Doobalan
5. Nurul Artika Mohd Fadzil
6. Mohd Imran Sultan
7. Nur Wahida Abd Azam
8. Shahidah Shamsul Babri
9. Muhammad Ghazali Ismail
10. Mahadzir Che Days
11. Siti Sarah Hassan
12. Yuhasnani Mat Yaakob
13. Mohd Razis Said
14. Nurul syazwani Zaki
15. Hafizah Hanim Roslan
16. Norhayati Deraman
17. Mohd Nazli
18. Mohd Ali
19. Mohamed Saiful
20. Noorsyila

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2023 @ 6:25 PM