POLIS menahan lelaki tempatan dan pelacur disyaki menjalankan aktiviti persundalan di sebuah hotel di Penampang. FOTO Ihsan Polis
POLIS menahan lelaki tempatan dan pelacur disyaki menjalankan aktiviti persundalan di sebuah hotel di Penampang. FOTO Ihsan Polis
Juwan Riduan


Penampang: Polis menahan empat wanita warga asing dipercayai pelacur dalam satu serbuan Op Noda di sebuah premis di Jalan Bundusan, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2.40 pagi itu, Cawangan D7, Unit Pencegahan Judi/Maksiat dan Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, turut menahan dua lelaki tempatan disyaki pelanggan.

Ketika serbuan, polis memeriksa empat bilik di premis berkenaan dan dua daripadanya didapati ada dua wanita warga asing bersama pelanggan disyaki sedang melakukan aktiviti persundalan.

Empat wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran, turut ditahan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Pasukan serbuan turut merampas kondom, pelincir, telefon dan wang tunai. Tangkapan dan barang rampasan kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 10:08 PM