AHMAD Yakob. FOTO arkib NSTP
AHMAD Yakob. FOTO arkib NSTP
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seluruh umat Islam diseru bersatu dan bersoladariti demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, solidariti khas iaitu solat hajat di masjid-masjid atau premis masing-masing dan bacaan doa qunut nazilah setiap hari pada masa bersesuaian demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin dan pembebasannya sebagai negara berdaulat.

Katanya, Palestin sentiasa bergolak serta dijajah sejak berabad yang lalu.

"Ia juga termasuk ekoran pencerobohan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis dengan pelbagai cara.

"Berikutan pergolakan itu terutama membabitkan serangan balas tentera dari Kumpulan Pejuang Palestin iaitu Hamas dan Jihad Islami melalui operasi ketenteraan mengejut ke atas Israel yang dikenali sebagai 'Operasi Taufan Al-Aqsa' dua hari yang lalu, saya menyeru agar semua Umat Islam bersatu dan bersoladariti demi kebebasan Palestin serta Masjid Al-Aqsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, situasi akan semakin getir melalui serangan yang diperhebatkan oleh pejuang Palestin ke atas rejim zionis dan pastinya akan ada pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

Berita berkaitan:

Serangan Mujahiddin cipta sejarah baharu Gaza

Israel lancar serangan baharu di Gaza

AS gesa Palestin pulihkan keamanan

Serangan ke atas Israel adalah pertahanan diri Palestin - Iran

Angka kematian serangan udara di Palestin, Israel meningkat

Hamas tangkap tentera Israel tuntut pembebasan tahanan Palestin

Israel 'kini sedang berperang' - NetanyahuIsrael 'kini sedang berperang' - Netanyahu

Israel diserang, lebih 5,000 roket dilepaskan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2023 @ 1:39 PM