PENDUDUK Palestin mendapatkan rawatan di hospital susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin mendapatkan rawatan di hospital susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP
ROKET dilancarkan dari Semenanjung Gaza. FOTO AFP
ROKET dilancarkan dari Semenanjung Gaza. FOTO AFP
API daripada serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. FOTO AFP
API daripada serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Israel melancarkan serangan ke Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh Hamas dan kumpulan Palestin lain, susulan insiden keganasan di laman Masjid Al-Aqsa di sini.

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas, manakala 65 individu lain cedera, kata pihak berkuasa Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Hamas melepasi 'garisan merah' apabila menyasarkan peluru berpandu ke arah Baitulmaqdis dan rejim itu akan bertindak balas.

ROKET dilancarkan dari Semenanjung Gaza. FOTO AFP
ROKET dilancarkan dari Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Tentera Israel berkata, 150 roket dilancarkan dari Gaza, dengan puluhan ditembak oleh sistem pertahanan udaranya, tanpa sebarang kemalangan jiwa.

"Kita sudah bermula, saya ulang sudah bermula, untuk menyerang sasaran ketenteraan di Gaza, " kata jurucakap tentera Jonathan Conricus.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyasarkan 'dua pelancar roket, dua pos tentera', satu terowong dan lapan operasi Hamas di Gaza.

Sumber Hamas mengesahkan kepada AFP bahawa seorang daripada komandernya, Mohammed Fayyad, terbunuh.

PENDUDUK Palestin mendapatkan rawatan di hospital susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin mendapatkan rawatan di hospital susulan serangan Israel di Gaza. FOTO AFP

Ketegangan memuncak di Baitulmaqdis sejak polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin, sejak Jumaat lalu.

Ia adalah insiden terburuk di bandar itu sejak 2017.

Dalam pada itu, lebih 300 orang cedera dalam pertempuran terbaharu di laman Masjid Al-Aqsa, malam Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 9:32 AM