Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman mengesan ibu kandung atau waris kepada seorang bayi perempuan yang ditemui di sebuah kedai Ayam Bukit Jabor, Chukai Kemaman pada 6 Julai lalu. Foto Ihsan JKM

Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang ditemukan di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai pada 6 Julai lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Mohd Fadzli Ismail berkata, bayi itu yang ditemukan seorang pekerja kemudian dihantar ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

"Pada 12 Julai lalu, bayi terbabit mendapat perintah mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Kemaman untuk ditempatkan dalam jagaan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman, Siti Fatimah Mohamad Fadzil di talian 09-8591686.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 4:08 PM