JKM dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan berusia 30 hari yang ditinggalkan di Flat Tingkat Paya Terubong 4, pada 1 November lalu. FOTO Ihsan JKM
JKM dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan berusia 30 hari yang ditinggalkan di Flat Tingkat Paya Terubong 4, pada 1 November lalu. FOTO Ihsan JKM
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Georgetown: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan berusia 30 hari yang ditinggalkan di Flat Tingkat Paya Terubong 4, di sini, pada 1 November lalu.

Jurucakap JKM berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dan tindakan susulan termasuk proses dokumentasi bayi.

Katanya, bayi berkenaan kini dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) kepada Pelindung Kanak-kanak Daerah Timur Laut.

"Bayi itu ditemukan sihat dan tanpa kecederaan oleh orang awam pada hari kejadian tanpa sebarang dokumen.

"Bayi terbabit diselamatkan mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

JKM juga sudah menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 pada 09 November lalu bagi melakukan siaran media.

Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut Stacy Wilfred Rogers di talian 04-650 5259.

Terdahulu, bayi yang dibalut dengan tuala putih dan diisi dalam beg sandang itu ditemukan orang awam di atas peti surat pada 12.40 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 5:33 PM