LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Nurul Hidayah Bahaudin


Serdang: Tiga lelaki akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok membabitkan kes kematian kerani kewangan yang mayatnya disumbat dalam guni plastik.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui di sebuah premis stor buruk di Taman Bukit Serdang, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kertas siasatan kes terbabit sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk dituduh

"Kita akan tuduh tiga lelaki dan masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Tambi Chai di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

"10 lagi suspek yang ditahan sebelum ini dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan akan diikat dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan beberapa kesan pukulan objek tumpul di seluruh badan menjadi punca kematian kerani kewangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 10:33 PM