GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Polis menerima satu laporan berhubung hantaran di Facebook (FB) yang boleh mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Chukai itu diterima pihaknya semalam.

Beliau berkata, ia dibuat selepas pengadu yang melayari Facebook melihat hantaran mendakwa rusuhan seperti mana yang berlaku pada 13 Mei.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sebanyak 55 permohonan ceramah juga diluluskan semalam dengan 36 permohonan daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (18) dan Pakatan Harapan (satu).

"Polis akan kekal komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam selari dengan Akta Polis 1967 dan lain-lain peruntukan undang-undang yang sedia.

"Semua pihak juga diharap dapat memberi kerjasama dengan mematuhi segala peraturan yang ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2023 @ 12:26 PM