FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Polis Terengganu membuka sebanyak 11 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, ia membabitkan sembilan kesalahan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, satu kesalahan di bawah Seksyen 4 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan satu kes di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, ia membabitkan empat kes di Kuala Terengganu, dua di Setiu, dua di Marang serta masing-masing satu kes di Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut.

"Sehingga kini, situasi di seluruh Terengganu kekal berada di tahap yang terkawal dan baik.

"Polis akan memantau situasi semasa sehingga kerajaan di peringkat negeri terbentuk dan masyarakat tidak perlu risau untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

"Pada masa sama, polis mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama baik sepanjang PRN berlangsung," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 1:37 PM