ANGGOTA bomba bersedia menyelamatkan lelaki. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba bersedia menyelamatkan lelaki. FOTO ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membawa turun lelaki yang cuba terjun dari papan tanda Bandar Puncak Alam, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.35 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki berusia 50-an sedang meracau dan berteriak di atas papan tanda.

"Mangsa juga mengugut untuk terjun ke bawah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, lelaki itu kemudian berjaya dibawa turun anggota bomba, 10.35 pagi tadi.

"Mangsa berada dalam keadaan selamat selepas dipujuk isteri dan rakan-rakan," katanya.

Jika anda memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental, tolong hubungi:
Talian Kasih
Tel: 15999 (24 Jam), +60192615999 (WhatsApp)
Befrienders
https://www.befrienders.org.my/
Tel: +60376272929 / +60379568145 (24 Jam)
Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
https://miasa.org.my/
Tel: +60379321409 / +60192362423

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Ogos 2023 @ 11:26 AM