PETIKAN video menunjukkan wanita diselamatkan orang ramai serta beberapa pemandu bot yang kebetulan berada di tebing Sungai Kelantan. FOTO ihsan pembaca
PETIKAN video menunjukkan wanita diselamatkan orang ramai serta beberapa pemandu bot yang kebetulan berada di tebing Sungai Kelantan. FOTO ihsan pembaca
Siti Rohana Idris


Tumpat: Wanita jatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, hari ini, diselamatkan orang ramai serta beberapa pemandu bot yang kebetulan berada di tebing Sungai Kelantan.

Menurut pemilik jeti, Muhamad Juhari Nayan, 52, ketika kejadian kira-kira 9 pagi tadi, dia kebetulan berada di jeti dan sedang berbual bersama beberapa rakan.

"Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan memberitahu ada seorang wanita sedang lemas selepas terjun dari jambatan.

"Tanpa membuang masa saya terus menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu sedang lemas iaitu kira-kira 100 meter dari jeti.

"Sebaik mendekatinya, rakan melemparkan pelampung ke arah mangsa yang kelihatan tenggelam timbul dalam sungai dan sebaik berjaya mencapainya, wanita itu dibawa naik ke dalam bot seterusnya pulang ke jeti," katanya ketika dihubungi.

"Kami semua cuba menenangkannya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Jika anda memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental, tolong hubungi:

Talian Kasih
Tel: 15999 (24 Jam), +60192615999 (WhatsApp)

Befrienders
https://www.befrienders.org.my/
Tel: +60376272929 / +60379568145 (24 Jam)

Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
https://miasa.org.my/
Tel: +60379321409 / +60192362423

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 12:01 PM