MENDIANG Datuk Ng Chok Sin. FOTO Ihsan FB Wee Ka Siong
MENDIANG Datuk Ng Chok Sin. FOTO Ihsan FB Wee Ka Siong
Samadi Ahmad


Putrajaya: Pengerusi MCA Selangor, DatukNg Chok Sin meninggal dunia, di sini, hari ini.

Berita pemergian mendiang dikongsi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melalui Facebook (FB) rasmi beliau, malam ini.

"Terkejut menerima berita sedih atas pemergian Pengerusi MCA Negeri Selangor, Datuk Ng Chok Sin.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya berharap ahli-ahli keluarga Chok Sin kekal tabah dan kuat," katanya dalam hantaran itu.

Wee berkata, mendiang adalah anak kelahiran Tanjung Sepat pernah memegang banyak jawatan dalam parti termasuk Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat, Pengerusi MCA Bahagian Sepang, Setiausaha MCA Selangor, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda dan Bendahari Pemuda MCA Selangor.

Menurutnya, beliau pernah diberikan peluang untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Pelek pada 2013 dan 2018.

Katanya, pelantikan Chok Sin sebagai Pengerusi MCA Selangor dilakukan pada 2018 dan mendiang menerima tanggungjawab itu untuk menjaga kepentingan rakyat bersama barisan pimpinan MCA Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2023 @ 11:52 PM