BUKIT Aman 2. FOTO Arkib NSTP.
BUKIT Aman 2. FOTO Arkib NSTP.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dua pegawai kanannya, berkuat kuasa bulan depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pertukaran membabitkan Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Menurutnya, Rusdi akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

"Tempat beliau akan digantikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Usuf Jan Mohamad.

"Mohamad Usuf akan memangku pangkat Deputi Komisioner," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, kedua-dua pegawai terbabit akan memulakan jawatan baharu mereka pada 7 Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 8:48 PM