Anwar (tengah) ketika majlis pelancaran Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023. FOTO BERNAMA
Anwar (tengah) ketika majlis pelancaran Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperhalusi langkah terbaik melindungi pesara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan kini memperincikan mekanisme itu dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

"Kita akan mengusahakannya. Kita perlu hormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Kita mempunyai mekanisme untuk melindungi pesara dan akan mengumumkannya tidak lama lagi," katanya selepas melancarkan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 di sini hari ini.

Pada 27 Jun, Mahkamah Persekutuan memutuskan pindaan undang-undang pada 2013 yang memperkenalkan skim pencen baharu yang melaraskan bayaran pencen setiap tahun dengan kenaikan dua peratus sebagai kurang menguntungkan pesara dan tidak berperlembagaan.

Keputusan itu bermakna undang-undang mengandungi skim pelarasan pencen lama akan digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 2:06 PM