BILIK yang dibakar lelaki warga Myanmar. FOTO ihsan Bomba
BILIK yang dibakar lelaki warga Myanmar. FOTO ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Lelaki warga Myanmar yang cuba terjun dari tingkat 10 apartmen di sini, selepas membakar biliknya diselamatkan anggota bomba, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat pada 8.46 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejar ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berusia 30-an itu membakar bilik dan mengancam untuk terjun.

"Pihak bomba berjaya memujuk mangsa dan memadam kebakaran terbabit.

"Kebakaran membabitkan tilam dan kemusnahan lima peratus," katanya.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 12:10 PM