ANGGOTA bomba ketika memadamkan api di rumah mangsa. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba ketika memadamkan api di rumah mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Lelaki warga emas berusia 78 tahun terselamat selepas rumahnya di Taman Sri Haneco, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.31 petang tadi membabitkan dua rumah teres dua tingkat terbakar.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran menyebabkan kemusnahan 60 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 2,55 petang.

"Bomba turut berjaya menyelamatkan lelaki terbabit dan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 5:15 PM