BOMBA membantu wanita berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA membantu wanita berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Tindakan pantas anggota bomba yang memujuk seorang wanita cuba terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Mewah di sini, berjaya menyelamatkan nyawa individu terbabit, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.37 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

Menurutnya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikejarkan ke lokasi.

"Wanita berusia 22 tahun itu berada di koridor tingkat 12 dan dipercayai cuba terjun.

"Mangsa berjaya dipujuk sebelum diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 8:10 AM