SUSPEK dibawa keluar dari mahkamah selepas direman tujuh hari kerana membunuh ibunya. FOTO  Alias Abd Rani
SUSPEK dibawa keluar dari mahkamah selepas direman tujuh hari kerana membunuh ibunya. FOTO Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Muar: Lelaki berusia 47 yang dipercayai membunuh ibunya dengan menggunakan kapak direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata perintah reman ke atas suspek dikeluarkan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek memakai baju lokap jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Muar sekitar jam 8.30 pagi, diiringi anggota polis.

Dalam kejadian jam 8 malam tadi, seorang wanita warga emas ditemukan maut selepas disyaki ditetak anak lelaki yang mengalami masalah mental di rumahnya di Taman Temiang, di sini.

Mangsa parah kepala serta leher selepas suspek menetak menggunakan kapak kerana berang tindakan ibunya menegur membuat bising.

Polis turut merampas sebilah pisau dan kapak yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2023 @ 3:41 PM