Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia diri dalam tandas berkunci. FOTO IHSAN JBPM Selangor.
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia diri dalam tandas berkunci. FOTO IHSAN JBPM Selangor.
Oleh Norzamira Che Noh


Shah Alam: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas sebuah rumah di Setia Alam dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan seorang lelaki terkunci dalam tandas jam 3.04 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik kemudiannya dikerah ke lokasi.

"Tiba di lokasi, kami dapati mangsa yang juga lelaki berusia 55 tahun terkunci dalam tandas serta dipercayai pengsan.

"Apabila pintu tandas berjaya dibuka, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas lantai sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Mayat diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2023 @ 11:14 AM