ANGGOTA bomba membuka pintu rumah didiami seorang wanita warga emas yang ditemui meninggal dunia di Gombak, hari ini.
ANGGOTA bomba membuka pintu rumah didiami seorang wanita warga emas yang ditemui meninggal dunia di Gombak, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


Gombak: Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada jiran mangsa pada 10.26 pagi tadi.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan pihak polis memerlukan bantuan untuk membuka pintu sebuah rumah teres dua tingkat yang terkunci.

"Anggota bomba membuka pintu jeriji rumah menggunakan peralatan khas sebelum menemui mangsa berusia 73 tahun terbaring dalam bilik tidur di tingkat atas rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mangsa yang tinggal sendiriamn disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 4:02 PM