KOK Thiam. FOTO Facebook
KOK Thiam. FOTO Facebook
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Ahli Perniagaan yang juga sekutu Jho Low, Kee Kok Thiam disahkan meninggal dunia Isnin lalu di hospital selepas diserang angin ahmar.

Peguam mewakilinya, Valen, Oh dan Rakan Niaga berkata, mendiang meninggal dunia pada Isnin lalu di hospital akibat angin ahmar secara tiba-tiba.

"Kami meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian malang ini dan memberi ruang kepada keluarga untuk bersedih atas pemergiannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 11:17 AM