MUSTAFA Dollah.
MUSTAFA Dollah.
Amir Abd Hamid


BENDAHARI Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mustafa Dolah meninggal dunia hari ini.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung dan angin ahmar.

Terdahulu, beliau mengalami serangan itu ketika hadir di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi, sebelum dikejarkan ke HKL.

Berita kematian arwah disahkan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS Mohd Syahir Che Sulaiman.

Maklumat lanjut menyusul.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 12:30 PM