BOMBA menyelamatkan seorang lelaki yang diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh sebelah kiri badan ketika sedang beriadah di Bukit Wawasan, Puchong, di sini. FOTO ihsan BOMBA
BOMBA menyelamatkan seorang lelaki yang diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh sebelah kiri badan ketika sedang beriadah di Bukit Wawasan, Puchong, di sini. FOTO ihsan BOMBA
Muhaamad Hafis Nawawi


Puchong: Seorang lelaki diserang angin ahmar menyebabkan sebelah kiri badannya lumpuh ketika sedang beriadah di Bukit Wawasan, di sini, sebelum diselamatkan anggota bomba hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.31 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, sembilan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong ke lokasi.

katanya, sebaik tiba, bomba mendapati mangsa berusia 61 tahun mengalami lumpuh di sebelah kiri badan dipercayai terkena serangan angin ahmar.

"Mangsa dalam keadaan sedar serta boleh bercakap dan usaha membawa mangsa turun dilakukan menggunakan pengusung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 9:17 AM