RUMAH di kawasan SPMP Labuan yang musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
RUMAH di kawasan SPMP Labuan yang musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Labuan: Sebanyak 10 rumah di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Muslim, di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.29 petang dan pasukan 23 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi.

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral, BBP Layangan dan Rancha-Rancha.

"Kebakaran membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal. Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi itu tamat pada 4.49 petang.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Agensi lain yang membantu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit Udaranya; Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 12:17 AM