ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan di lokasi empat beradik maut dalam kebakaran, kelmarin. FOTO Ahmad Ismail
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan di lokasi empat beradik maut dalam kebakaran, kelmarin. FOTO Ahmad Ismail
Muhaamad Hafis Nawawi


Muar: Masih terlalu awal untuk mengaitkan litar pintas sebagai punca kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor, Muar yang meragut nyawa empat beradik kerana ia masih dalam siasatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Rizal Buang berkata, Pasukan forensik JBPM masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Menurutnya, ada beberapa hipotesis dijalankan dan bukan hanya berkait kepada litar pintas sahaja kerana pihaknya menyiasat sumber nyalaan itu.

"Siasatan dijalankan 11 pegawai dari pasukan forensik JBPM Johor dan Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

"Barang-barang dan perkara berkaitan sudah dibawa ke Makmal Forensik JBPM Johor untuk analisa lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian makmal itu nanti baru akan diketahui sumber nyalaan dan puncanya namun buat masa ini masih terlalu awal untuk mengetahui puncanya.

"Kita memang memberi perhatian yang serius kerana ia membabitkan kematian empat kanak-kanak," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun iaitu dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar.

Mangsa adalah Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, yang ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air kediaman itu ketika dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran terbabit.

Berita berkaitan:

Empat beradik maut dalam kebakaran

'Anak pesan nak baju raya warna hitam...' [METROTV]

Jiran sangka tiada siapa di rumah

Kerajaan tanggung kos pengebumian 4 beradik, bantu keluarga [METROTV]

Ibu bapa tidak bermaya ketika jenazah dikebumikan

Wajah empat beradik bersih, tiada kesan terbakar

Tiada unsur khianat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2023 @ 12:49 PM